BMW X7 Tom Cruise 'lesap' ketika penggambaran Mission Impossible 7

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah SUV BMW X7 milik pelakon terkenal Tom Cruise lesap dicuri ketika penggambaran filem Mission Impossible 7 sedang berlangsung baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, SUV tersebut dilarikan oleh suspek di luar Birmingham Grand Hotal bersama dengan beg bagasi milik Tom Cruise yang bernilai ribuan pound. Kerugian dianggarkan bernilai lebih daripada
£100,000.

Pelakon berusia 59 tahun itu dilaporkan sangat marah apabila mendengar kes kecurian tersebut.

Difahamkan, suspek menggunakan peranti pengimbas untuk meniru isyarat gelombang yang dipancarkan daripada keyfob BMW X7 sebelum melarikan SUV mewah yang diparkir di luar hotel pada waktu kejadian.

Menurut sumber, pihak berkuasa berjaya mengesan lokasi BMW X7 yang dicuri itu berdasarkan isyarat daripada alat penjejak elektronik yang terpasang, namun barangan milik Tom Cruise tidak ditemui.

Filem ketujuh Mission Impossible sedang dalam proses penggambaran dan bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…