BMW XM 2023 debut di Malaysia - Enjin V8 4.4L turbo PHEV, 653 HP , 800 Nm! Harga bermula dari RM1.31 juta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Malaysia semalam telah memperkenalkan jentera Sports Activity Vehicle (SAV) BMW M GmbH sulungnya iaitu BMW XM bersama sistem PHEV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas hampir 5 bulan, BMW Malaysia telah mendedahkan rupa dan spesifikasi penuh BMW XM untuk pasaran Malaysia yang dijangka tiba pada bulan Jun ini, tempahan bagi model itu juga telah dibuka pada Oktober tahun lalu.

 

2

 

Dihadirkan sebagai jentera sulung SAV BMW M GmbH, BMW XM dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M Hybrid yang dipadankan bersama motor elektrik diantara enjin dan transmisi.

Hasil gabungan rangkaian kuasa baharu pada BMW XM itu mampu menghasilkan keluaran kuasa sehingga 653 HP dan 800 Nm!

 

3

 

Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan bersama sistem M xDrive yang menjadikan BWM XM pacuan semua roda.

Hasil prestasi BMW XM itu dapat memberikannya kemampuan untuk memecut dari 0-100 kmj dalam masa 4.3 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi sehingga 270 kmj.

 

4

 

Sistem hibrid pada BMW XM itu pula membolehkan ianya bergerak dengan kuasa elektrik pada jarak 82 hingga 88 km dan kelajuan tertinggi sehingga 140 kmj.

Motor elektrik pada BMW XM itu dikuasakan oleh pek bateri litium ion berkapasiti 29.5 kWj yang terletak pada bahagian lantai, bateri itu juga boleh di cas menggunakan pengecas AC pada kadar 7.4 kW.

 

5

 

Bateri pada BMW XM itu boleh dicas penuh dari 0% hingga 100% dalam tempoh 4 jam 15 minit.

Dari segi saiz, BMW XM itu memiliki ukuran 5,110 mm panjang, 2,005 lebar, 1,755 tinggi dan jarak roda berukuran 3,105, ia juga memiliki ruang muatan seluas 527 liter dan boleh diluaskan sehingga 1,820 liter.

 

6

 

Pada bahagian luaran, BMW XM mengekalkan muka ikonik BMW bersama jeriji buah pinggang gergasi yang terbina bersama lampu LED.

Ia juga didatangkan dengan lampu hadapan LED yang lebih langsing dimana ianya berasingan diantara lampu DRL dan lampu utama.

 

7

 

Pada bahagian belakang pula, ia turut didatangkan dengan lampu LED bersama rekaan berbentuk L yang langsing, bersama rekaan bumper lebih kemas lengkap dengan difuser dan ekzos berbentuk heksagon.

Untuk pasaran Malaysia, BMW XM didatangkan dengan dua pilihan trim iaitu Shadow Line dan Night Gold Line, dimana trim aksen/garis tingkap atas berwarna emas dan apron belakang serta kemasan kontras roda yang membezakan keduanya.

 

2

 

BWM XM juga didatangkan standard dengan Pakej M Aerodynamics dan M High-Gloss Shadow Line, dengan Konten Lanjutan yang disediakan untuk profil Shadow Line.

Selain itu, lampu hadapan Adaptive LED dengan ciri bantuan lampu puncak juga disertakan secara standard.

 

3

 

Kedua-dua plihan trim juga akan menerima set roda aloi ringan 23” Star Spoke Style 923 M Bicolour, dimana profil Shadow Line akan menggunakan warna hitam.

Pada bahagian dalaman, BMW XM turut dilengkapi skrin melengkung BMW Curved Display, lengkap bersama BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan gandingan skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci.

 

8

 

Ianya turut lengkap bersama BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri standard lain pada bahagian dalaman termasuk penghawa dingin automatik empat zon, sistem pencahayaan ambien, fungsi pintu tutup rapat, pengudaraan aktif dan fungsi urutan untuk tempat duduk hadapan.

 

10

 

Dari segi bantuan keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Driving Assistant Professional yang merangkumi fungsi:

  • Steering and Lane Control Assistant
  • Automatic Speed Limit Assist
  • Lane Change Assistant
  • Active Cruise Control with Stop&Go
  • Lane Departure Warning
  • Front/Rear Crossing Traffic Warning
  • Emergency Stop Assistant
  • Evasion Assistant.
  • Attentiveness Assistant
  • Acoustic Protection for Pedestrians
  • Active Protection.

Untuk pasaran Malaysia, BMW XM akan ditawarkan dengan 7 pilihan warna iaitu Cape York Green, Carbon Black, Marina Bay Blue, Toronto Red, Mineral White, Black Sapphire dan Dravit Grey.

Bahagian upholsteri dalaman pula, pembeli boleh memilih 4 tema warna iaitu Leather Merino Deep Lagoon dengan konten eksklusif, Leather Merino Silverstone dengan konten eksklusif, Leather Merino Black dan Leather Merino Sakhir Orange.

 

9

 

Kedua-dua pilihan trim itu akan ditawarkan dengan harga sama yang bermula dari RM1,398,800 atas jalan tidak termasuk insurans.

Tawaran harga itu termasuk pakej servis dan jaminan tambahan selama 5 tahun, tanpa pakej dan jaminan tambahan itu, harga BMW XM akan bermula dari RM1,316,450 standard dengan jaminan 2 tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…