BMW XM Label Red - Super SUV berkuasa 738 hp, 997 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung bulan September tahun 2022, BMW melancarkan super SUV XM 2023 di mana ia dilihat mampu memberikan saingan sebenar kepada pasaran yang selama ini dikuasai oleh Lamborghini, Aston Martin dan Porsche.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara standard, BMW XM mendapat nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 483 hp dan daya kilas 650 Nm yang disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

Digandingkan dengan motor elektrik yang terletak di dalam transmisi, kuasa keseluruhan mampu mencecah 644 hp @ 5,400 rpm dan daya kilas 800 Nm yang masuk penuh antara 1,600-5,000 rpm.
 

XM


Versi XM Label Red membawakan satu aras yang lebih tinggi.

Ia kini merupakan jentera BMW M yang paling berkuasa buat masa ini, dengan angka 738 hp dan 997 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j kini sepantas 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j.

Ini kerana, enjin V8 tersebut telah ditala supaya mampu menambah 94 hp, menjadikan kuasa enjin tersebut meningkat kepada 577 hp/723 Nm.
 

XM


Selain itu, motor elektrik masih lagi mengekalkan hamburan kuasa 194 hp, namun daya kilas telah dipertingkatkan daripada 279 Nm kepada 450 Nm, menyumbang kepada kuasa keseluruhan 738 hp dan 997 Nm yang disebutkan tadi.

Disebabkan namanya "Label Red", BMW XM Label Red ini mendapat kemasan berwarna merah termasuklah lencana dan hiasan pada rim.

Terdapat 50 warna pilihan yang boleh dipilih daripada koleksi BMW Individual, serta warna BMW Individual Frozen Carbon Black yang hanya ditawarkan dalam unit terhad.
 

XM


Tema merah diteruskan pada ruang kabin di mana terdapat jahitan kontras merah digunakan pada tempat duduk, panel instrumen, trim pintu, konsol tengah serta aksen merah pada corong pendingin hawa, diikuti dengan trim gentian karbon pada sesetengah tempat.

Untuk mereka yang memiliki bajet super SUV yang terhad, BMW bakal melancarkan varian asas XM 50e, namun dengan konfigurasi trenkuasa yang berbeza.
 

XM


Ini kerana, tidak seperti varian XM lain yang mendapat nadi V8, XM 50e dikatakan menerima enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo dengan sistem plug-in hybrid, dan jarak gerak sifar emisi sejauh 76-84 km.

Tidak banyak info didedahkan buat masa ini, namun besar kemungkinan XM 50e akan menggunakan trenkuasa yang ada pada model M760e, terdiri daripada enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo (375 hp/520 Nm), motor elektrik 197 hp, dan kuasa keseluruhan mencecah 563 hp dan 800 Nm.

 

BMW XM 50e

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Secara standard, XM 2023 dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M…