BMW XM - Pra-tempahan dalam talian dibuka 20 Okt, harga anggaran RM1.4 juta

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia mengumumkan pembukaan sesi pra-tempahan dalam talian bagi model SUV super BMW XM bermula 20 Oktober ini dalam bilangan yang terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih menarik lagi apabila sesi pra-tempahan itu dibuka di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas pengenalan model tersebut di peringkat global.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas BMW XM 2023 yang bakal muncul di Malaysia kelak:

 

XM

 

1. Dimensi

5,100 mm x 2,005 mm x 1,755 mm, jarak antara roda sepanjang 3,105 mm. Ruang kargo pula sebesar 527 liter, boleh dipertingkatkan kepada 1,820 liter.

2. Kuasa

BMW XM hadir dengan trenkuasa hibrid, terdiri daripada enjin S68 bentangan V8 4.4 liter TwinPower Turbo (489 hp/650 Nm) dan padanan motor elektrik (197 hp/280 Nm), kuasa keseluruhan 653 hp dan daya kilas 800 Nm.

Pecutan 0-100 km/j 4.3 saat, kelajuan tertinggi 250 km/j (280 km/j dengan pakej M Driver), atau 140 km/j dalam mod EV tulen.

3. Tawar operasi sifar emisi

Pek bateri BMW XM berkapasiti 25.7 kWh membolehkan jarak sifar emisi sejauh 88 km dicapai, dan menyokong pengecasan AC 7.4 kW di mana pengecasan penuh hanyalah sekitar 4 jam 15 minit.

4. Sistem pacuan

Secara standard, BMW XM tampil dengan sistem pacuan semua roda xDrive dengan tetapan asas 4WD, 4WD Sport (bias kepada roda belakang), dan 4WD Sand (meningkatkan kadar cengkaman).
 

XM


5. Sistem gantungan

BMW XM menggunakan sistem gantungan Adaptive M Suspension Professional dengan ciri penstabilan olengan aktif, serta stereng aktif integral untuk gandar belakang.

6. Ciri keselamatan

BMW XM didatangkan standard dengan ciri Driving Assistant Professional yang merangkumi fungsi seperti Kawalan Jarak (ACC), Bantuan Had Kelajuan, Bantuan Kawalan Stereng, Bantuan Penukaran Lorong, Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Lintasan Trafik Depan/Belakang, Pengelakan Pelanggaran Belakang, serta ciri Parking Asisstant Plus.

7. Ciri terhubung

Ruang kabin dilengkapi dengan ciri BMW Live Cockpit Professional, menampilkan skrin paparan digital 12.3 inci, skrin infotainmen 14.9 inci, serta paparan head-up, di mana kesemua ini menggunakan sistem operasi BMW OS 8 dengan versi spesifik M.

Ia juga turut menawarkan ciri seperti BMW Gesture Control, Connected Package Professional, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, Connected Drive Services, serta sokongan kepada Apple CarPlay dan Android Auto terbina.
 

XM


8. Pilihan warna

Terdapat beberapa pilihan warna seperti Cape York Green Metallic, Carbon Black, Marina Bay Blue, Toronto Red, Mineral White, Black Sapphire dan Dravite Grey.

Ruang kabin pula, terdapat pilihan upholsteri kulit Merino Deep Lagoon, kulit Merino Silverstone, kulit Merino Black dan kulit Merino Sakhir Orange.

9. Harga anggaran

BMW XM boleh didapati bermula dari RM820,000 di Langkawi, atau bermula dari RM1,400,000 di Semenanjung Malaysia. Pra-tempahan boleh dibuat di https://shop.bmw.com.my/.

Baca: BMW XM 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…
Model Terbaharu
Secara standard, XM 2023 dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M…
Berita Global
Secara standard, BMW XM mendapat nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana…