Bocor: Adakah ini rupa sebenar BMW M2 2023?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran BMW 2 Series dua pintu, beberapa keping gambar dipercayai merupakan rekaan sebenar bampar depan BMW M2 2023 didapati tertiris ke media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Imej yang diperoleh daripada pengguna Instagram sugardesign_1 itu memaparkan pendekatan yang berbeza BMW terhadap kereta pantas 2 Series itu, dimulakan dengan gril hadapan yang unik (dan sedikit besar), serta bukaan udara yang besar menyamai jentera lumba BMW.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sugarchow (@sugardesign_1)


Menurut laporan daripada BMW Blog, mereka mengesahkan kesahihan sumber itu berdasarkan beberapa keping gambar yang tertiris dari China yang menampilkan rekaan sebenar bampar hadapan M3 dan M4 sebelum ini.

BMW M2 2023 dijadualkan pengenalannya pada tahun hadapan, di mana ia bakal dikuasakan oleh enjin 450 hp dan 542 Nm yang memacu roda belakang, serta penawaran transmisi manual atau automatik, tidak seperti penawaran pada 2 Series standard yang hanya didatangkan dalam versi automatik sahaja.

Sumber: BMW Blog, Instagram sugardesign_1
Sumber gambar utama: Instagram bmw43__

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,580 mm, lebar 1,877 mm, tinggi 1,403 mm dengan jarak…
Berita Global
Oleh itu,BMW telah mengumumkan  penawaran aksesori  M Performance untuk M2 baru ini, termasuk…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di Instagram Wilcoblok, beliau mendakwa gambar-gambar itu merupakan imej rasmi…