Bocor: Nissan 400Z versi produksi kekalkan elemen rekaan dari Z Proto

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, gambar paten yang menggambarkan rupa sebenar Nissan Z generasi baharu telah pun terdedah menunjukkan bahawa Nissan 400Z (nama tidak rasmi) versi produksi tidak mempunyai perbezaan ketara jika dibandingkan dengan model konsep Nisssan Z Proto.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog daripada 400ZClub, di mana kelihatan model kereta sports itu diletakkan di kawasan gudang, berkemungkinan untuk tujuan eksport.

Menurut 400ZClub, lokasi itu dikatakan berdekatan dengan kilang Nissan yang terletak di Tochigi.

 


Berdasarkan gambar, terdapat dua warna yang dilayangkan iaitu dark gray metallic yang mengingatkan kita kepada model 350Z dan 370Z, sementara warna perak itu merupakan warna 'wajib' untuk kereta-kereta Z semenjak model Datsun 240Z lagi.

Salah satu perbezaan ketara adalah rekaan gril, di mana dalam model Z Proto ia diwarnakan dengan hitam menjadikan bukaan gril di hadapan agak besar.

Akan tetapi, versi produksi dikemaskan dengan layangan warna krom.

 


Selain daripada itu, Nissan juga bakal menawarkan skema warna dua tona dengan bumbung berwarna hitam seperti yang diperlihatkan pada kereta berwarna silver itu.

Rekaan belakang masih lagi mengekalkan elemen yang terdapat pada Z Proto, dengan lampu utama yang diinspirasikan daripada model 300ZX, tip ekzos berkembar, dan kehadiran spoiler belakang yang kecil, ciri yang tidak terdapat pada Z Proto.

 


Ruang kabin juga ternyata mengikut rapat konsep asal Z Proto termasuklah rekaan stereng dengan jahitan warna kontras, paparan skrin kluster instrumen digital dan kehadiran meter tambahan di bahagian tengah.

Namun versi yang dipamerkan ini merupakan versi automatik dengan pemanduan di sebelah kiri.

Bagi para peminat tiga pedal, usah risau kerana Nissan mengesahkan model 400Z ini akan hadir dengan tawaran transmisi manual.

 

 

Sumber: 400ZClub menerusi Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…