BOE perlihat ciri cermin dengan kadar kegelapan boleh laras - selamat tinggal filem tint!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembuat panel cermin dari China, BOE memperlihatkan solusi Smart Dimming, di mana pengguna boleh mengubah kadar kegelapan cermin kenderaan dengan hanya menggunakan sentuhan sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Teknologi Smart Dimming ini mempunyai kelebihan dari segi kadar ketelusan yang tinggi, kurang penggunaan kuasa, respons yang pantas, serta mempunyai perlindungan dan insulasi terhadap bunyi, haba dan sinaran ultra ungu (UV).
 

 


Solusi ini diperlihatkan  pada cermin suria kenderaan penumpang, serta tingkap sisi kenderaan, di mana penumpang boleh melaraskan kadar kecerahan atau kegelapan mengikut keperluan.

Jika teknologi ini diperluaskan pada masa akan datang, kedai penjual filem tinted mungkin akan gulung tikar satu hari nanti...
 

smart dimming