Boeing taruh India sebagai jawapan kemelut kualiti - pelaburan terbesar di luar US

oleh HEZERI SAMSURI|
India menjadi pertaruhan terbesar untuk syarikat aero angkasa Boeing dalam usahanya untuk memulihkan kembali imej tercalar mereka.

Syarikat Uncle Sam itu kini menjadikan India sebagai pusat R&D terbesar mereka di luar US dan juga pusat rantaian bekalan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos pelaburan sebanyak US$191 juta - pelaburan tertinggi mereka di luar US.

Menurut Ryan Weir, Naib Presiden Boeing, pengguna kelas pertengahan India sahaja ialah seramai 300 juta orang - dua kali ganda jumlah populasi Jepun dan hampir sama ramai dengan jumlah penduduk di seluruh US.

"Jumlah sebesar itu boleh menjadikan industri aero angkasa di India semakin ke depan.

Boeing mula membuka cawangan mereka di India seawal tahun 2003 dan kemudian membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tahun 2009.

Selepas itu, Boeing menambah seramai 1,000 orang pekerja setiap tahun, dan operasi mereka di sana kini mencecah 5,500 orang, paling ramai di luar US.

Syarikat aero angkasa kebanggaan US itu juga bercadang untuk mempunyai hubungan lebih rapat dengan lebih dari 300 buah syarikat pembekal mereka di India.

Syarikat-syarikat itu membekalkan komponen struktur kapal terbang dan juga perkakasan elektronik.

Ia juga memulakan operasi untuk penghasilan komponen struktur utama kapal terbang di India. Tahun lalu, Boeing dan Tata Group berkolaborasi untuk menghasilkan struktur ekor untuk pesawat 737.

Laporan Nikkei Asia pula mendakwa satu hari nanti, pemasangan seluruh pesawat Boeing boleh dilakukan di India sepenuhnya.

Buat masa sekarang, proses itu hanya dilakukan di US.

Boeing teruk dikritik akibat kes-kes yang membabitkan keselamatan pesawat mereka. Segelintir pengguna di US enggan menaiki pesawat Boeing dan meminta untuk ditukarkan ke pesawat lain. Pengurusan Boeing juga dituduh ramai sebagai lebih mementingkan keuntungan dan bukan keselamatan.

Pelaburan mereka di India ini diharap akan mengubah persepsi pasaran terhadap syarikat itu.

Laporan lanjut di Nikkei Asia.

 

 


 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…
Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…