Boleh guna VTL darat mulai 20 Disember 2021 ( Isnin)

oleh SALINA JALIL|
Semua kategori pengembara warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) berkuat kuasa pada 20 Disember ini, berikutan peningkatan permintaan orang ramai.


Dalam kenyataan pada Selasa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan pemastautin Tetap Malaysia boleh terus memasuki Malaysia menggunakan VTL-Darat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara terbabit dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan VTL-Darat tersebut.


Bagaimanapun, MITI menegaskan bahawa pengembara terbabit wajib mendapat vaksinasi sepenuhnya manakala bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang tidak divaksinasi, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.

 

“Pengembara yang layak juga tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.

 

“Pada masa ini, VTL-Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terbabit akan menawarkan tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa,” katanya.

 

Sebelum sebarang pembelian tiket, pengembara yang mahu memasuki Malaysia menerusi VTL-Darat itu dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

 

Butiran lanjut mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, ini membolehkan pengembara divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan ulang-alik bagi…
Informasi
  "Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci…
Informasi
  Beliau berkata, pelanggan boleh menempah penerbangan mereka ke Singapura daripada harga serendah…