Boleh ke EV diguna masa bencana alam? Boleh! Nissan dah buktikan di Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan is using electric cars to power disaster recovery
Nissan is using electric cars to power disaster recovery
Di antara perkara yang kerap dibangkitkan apabila bercakap mengenai kereta elektrik ialah lokasi pengecasan dan jarak perjalanan.

Kedua-dua isu tersebut sedang ditangani selari dengan perkembangan teknologi dan kesedaran awam dan juga kerajaan.

Di sebalik perkara tersebut, kenderaan elektrik mempunyai manfaat lain yang sangat bermakna.

Sebagai contoh Nissan telah menggunakan LEAF sejak beberapa tahun dulu apabila berlakunya bencana alam.

Apa yang membantu sebenarnya? LEAF dijadikan sebagai penjana (generator) untuk bekalkan kuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan is using electric cars to power disaster recovery

 

Idea untuk menggunakan EV dari Nissan ini timbul ketika gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.

Bencana alam itu benar-benar memberi impak walaupun Jepun sudah biasa dilanda taufan dan satu persepuluh dari gempa bumi di dunia dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

Selepas hampir lima juta kediaman terputus bekalan kuasa, Nissan menyediakan sejumlah kecil LEAF generasi pertama untuk membantu. 

Sejak dari itu juga Nissan mula meneroka bagaimana kereta elektrik dapat digunakan untuk berkongsi tenaga yang ada.

Pada bulan Mei 2018, projek Blue Switch dilancarkan. Misinya ialah bagi menunjukkan bagaimana EV boleh digunakan sebagai punca kuasa selain dari pengangkutan.

 

Nissan is using electric cars to power disaster recovery

 

Jadi apa yang boleh dibuat dengan Nissan LEAF? Kuasa dari kereta itu dapat membekalkan tenaga elektrik untuk pelbagai perkakasan seperti memasak, mesin fotostat dan sebagainya.

Ini yang dilakukan di pusat sukarelawan ketika taufan Hagibis melanda pada tahun 2019.

Selain itu, kuasa yang dibekalkan juga digunakan untuk mengecas peralatan seperti gerudi dan gergaji untuk menghalihkan dinding atau lantai yang rosak akibat banjir.

Nissan juga telah berjaya memeterai beberapa perjanjian dengan sejumlah syarikat dan kerajaan tempatan. Pada awal bulan Disember, Nissan menandatangani 100 perjanjian.

Daripada jumlah itu, 75 adalah berkaitan dengan akses untuk kenderaan elektrik Nissan terus digunakan sebaik sahaja bencana melanda.

 

Pada waktu kritikal iaitu beberapa jam dan hari pertama berlakunya bencana, kenderaan elektrik boleh bergerak di kawasan kejadian dan membekalkan tenaga elektrik di lokasi yang paling diperlukan.

Tanpa mengeluarkan asap dan bunyi, LEAF boleh diletakkan di dalam bangunan.

EV itu kemudian boleh dicas semula apabila bekalan elektrik disambung dan dipandu pula ke kawasan lain yang terjejas teruk.

Selepas berlakunya bencana atau ketika dalam kecemasan, bekalan elektrik biasanya dipulihkan lebih cepat berbanding pembekalan bahan api dan boleh mengambil masa berbulan untuk stabil.

 

Nissan LEAF

 

Ini menjadikan tenaga elektrik lebih utama berbanding penjana diesel tradisional yang bising dan mencemarkan.

Kereta elektrik juga boleh dijadikan sebagai pengangkutan dan membantu pergerakan manusia.

Berikut ialah ciri-ciri Nissan LEAF e+ yang dapat memberi manfaat:

  • LEAF e+ yang dicas penuh dengan kapasiti bateri 62 kWh boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menguasakan rumah biasa di Jepun sehingga empat hari.
  • Ia juga cukup untuk mengecas 6,200 telefon tangan.
  • Membekalkan tenaga kepada kedai dan membolehkan orang ramai untuk membeli makanan dan pelbagai lagi kegunaan bermanfaat.

 

Nissan LEAF

 

Rancangan Nissan yang lebih besar ialah untuk mewujudkan ekosistem EV di mana kereta boleh menyimpan dan berkongsi tenaga elektrik dengan kediaman, perniagaan dan sebagainya.

Ia bukan sahaja untuk digunakan ketika kecemasan tetapi juga pada setiap hari.

Pada masa sekarang, kuasa pada bateri Nissan LEAF di jalanan mempunyai potensi untuk menguasakan setengah juta isi rumah di Jepun selama sehari penuh.

Sedekad yang lalu, idea untuk kereta menguasakan bangunan hanyalah sains fiksyen dan sekarang telah terbukti ia boleh dibuat!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…