Boleh ke nadir bumi dikitar semula? Nissan dan Uni. Waseda sedang buat kajian lanjut!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nadir bumi yang dikitar semula
Nadir bumi yang dikitar semula
Satu bahan penting di dalam kenderaan elektrik atau elektrifikasi ialah nadir bumi (rare earth) yang digunakan di dalam magnet motor elektrik.

Nadir bumi bukan baharu diguna untuk produk konsumer cuma apabila diperlukan dengan jumlah yang banyak pasti ada cabaran tersendiri.

Bayangkan jumlah nadir bumi yang diperlukan jika jutaan EV mahu dihasilkan oleh pengeluar.

Tambahan pula nadir bumi dilombong di darat yang bermakna boleh mendatangkan pelbagai implikasi jika dibuat berhampiran populasi manusia.

Tentu ada yang masih ingat kontroversi bauksit di Kuantan satu ketika dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Waseda Research Institute

 

Jadi bagaimana? Penyelesaiannya ialah melalui kitar semula seperti besi, aluminium dan plastik.

Satu dari pengeluar yang mempunyai kemampuan untuk mengitar semula nadir bumi ialah Nissan.

Baru-baru ini Nissan dan Universiti Waseda di Jepun mengumumkan permulaan pengujian proses kitar semula yang dapat mengekstrak kompaun nadir bumi ketulenan tinggi (high-purity) dari magnet motor kenderaan elektrifikasi.

Objektif pengujian ini supaya proses baharu yang lebih praktikal berbanding sekarang dapat digunakan dalam tempoh separuh dekad akan datang.

Seperti yang diuar-uarkan industri automotif, kenderaan elektrifikasi dibangunkan untuk menangani masalah perubahan iklim dan ke arah masyarakat bebas karbon.

 

Recycling materials

 

Kebanyakan motor di dalam kenderaan elektrifikasi menggunakan magnet neodimium (neodymium magnets) yang di dalamnya terkandung logam nadir bumi neodimium dan disprosium. 

Bagi menggunakan sumber berharga ini secara lebih efektif, Nissan dari tahun 2010 telah mempraktiskannya seawal peringkat reka bentuk dengan mengurangkan jumlah elemen nadir bumi berat (REEs) di dalam magnet motor elektrik.

Kenapa perlu kurangkan penggunaan nadir bumi?

Mestilah penting, bukan setakat impak alam sekitar dari perlombongan dan penapisan tetapi juga penawaran dan permintaan yang mempengaruhi turun naik harga untuk pengeluar dan pengguna.

Turun naik harga ini sedang kita alami di dalam penggunaan petrol dan diesel.

Selain itu, Nissan juga mengitar semula REEs dengan mengeluarkan magnet dari motor yang tidak memenuhi piawaian dan memulangkan semula kepada pembekal.

Proses yang digunakan sekarang melibatkan beberapa peringkat termasuk kaedah manual bagi membuka motor dan mengeluarkannya.

Dengan pelbagai peringkat tersebut, proses yang lebih ringkas dan ekonomikal diperlukan supaya lebih banyak kitar semula dapat dibuat pada masa depan.

 

Nissan Waseda REE Recycling process

 

Sejak tahun 2017, Nissan telah bekerjasama dengan Universiti Waseda yang mempunyai rekod prestasi kukuh dalam bidang kajian kitar semula dan peleburan bahan bukan ferus (tidak mengandungi besi).

Pada Mac 2020, kerjasama tersebut membuahkan hasil apabila kedua-dua organisasi berjaya membangunkan proses pirometalurgi (teknik haba bagi mendapatkan logam bijih) tanpa membuka motor elektrik.

Melalui proses ini, motor dileburkan terus dan melibatkan proses pengoksidaan REEs.

 

Rare-earth recycling process infographic

 

Ujian yang dibuat menunjukkan proses ini mampu mendapatkan 98 peratus REEs dari motor elektrik.

Kaedah ini juga mengurangkan proses dan masa kerja sekitar 50 peratus berbanding teknik sedia ada di mana tiada lagi proses menyahmagnet, pengeluaran dan membuka semula.

Ini adalah tipikal dalam proses penambahbaikan di mana proses yang tidak perlu dihapuskan terus.

Misi ini akan diteruskan dan Universiti Waseda dan Nissan akan melakukan ujian fasiliti berskala besar di dalam membangunkan kaedah yang lebih praktikal bagi mendapatkan REEs.

 

Nissan Note

 

Nissan juga akan mengumpul motor dari kenderaan elektrifikasi yang dikitar semula dan membangunkan sistem kitar semula.

Apa yang dilakukan oleh Nissan harus dipuji dan menunjukkan syarikat ini bukan sahaja pandai menjual tetapi juga pandai bertanggungjawab.

Itu yang penting dan mahu didengar masyarakat.

Satu lagi fakta, Nissan Note e-POWER keluaran tahun 2020 menggunakan magnet yang mengandungi 85 peratus REEs lebih rendah berbanding Nissan LEAF keluaran tahun 2010.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…