Pada masa yang sama, Boon Siew Honda turut mengambil kesempatan melancarkan dua buah motosikal di bawah keluarga konsep Neo Sports Cafe iaitu CB1000R yang telah diperkenalkan pada Malaysia Autoshow di MAEPS April lalu dan juga sebuah motosikal baharu di bawah kelas suku liter, iaitu CB250R.
CB1000R boleh didapati dengan dua warna iaitu Candy Chromosphere Red dan Graphite Black dengan tanda harga sekitar RM74,999.
CB1000R dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 4 stroke 998cc dengan kelajuan manual enam kelajuan, menghasilkan kuasa setinggi 107 kW dan daya kilas maksimum setinggi 104.0 Nm pada 8,250 rpm putaran enjin.
Manakala motosikal kelas suku liter CB250R pula akan datang dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Bullet Silver, Candy Chromosphere Red dan Graphite Black.
CB250R pula menggunakan enjin silinder tunggal berkapasiti 250cc menghasilkan kuasa setinggi 20.3 kW dan daya kilas maksimum 23.3 Nm yang masuk pada putaran enjin setinggi 8,000 rpm.
Motosikal CB250R ini bakal dijual dengan tanda harga yang amat kompetitif iaitu sekitar RM22,999.