CRF250 menggunakan nadi enjin 250cc DOHC empat lejang penyejuk cecair yang memberi kuasa output maksimum sehingga 24hp pada 9,000 rpm dan mencapai tork maksimum 23Nm pada 6,500rpm.
DNA pengayaan CRF250 Rally diinsipirasi daripada Honda Racing Corporation (HRC) CRF450 Rally Dakar.
Ia menampilkan unit pencahayaan lampu hadapan LED berkembar asimetri, floating windscreen, unit fork hadapan SHOWA jenis USD (upside-down), sistem ABS dua saluran serta klac assist dan slipperTM dengan enam kelajuan.
Ia menggunakan rangka motosikal jenis Steel Semi-Double Cradle dan mempunyai ketinggian tempat duduk pada 885mm dan ground clearance pada 275mm, berat motosikal ini adalah 153kg.
Menariknya, ia menggunakan swing arm ringan yang mengurangkan berat sehingga 5kg, tambahan ia mempunyai tangki bahan api sebanyak 12.8 liter.
Pada roda hadapan, ia menggunakan tayar bersaiz 80/100 – 21M/C (51P) manakala pada bahagian belakang, ia menggunakan 120/80 – 18M/C (62P).
BSH umumkan harga jualan bagi Honda CRF250 Rally dijual pada harga bermula dari RM28,599 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dan kini hanya didapati dalam warna Extreme Red sahaja.
Untuk setiap pembelian, BSH menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000km perbatuan mengikut mana-mana sampai dahulu.
Honda CRF250 Rally akan mula dipamerkan di pengedar Honda Big Wing bermula 16 Julai 2024.