Boon Siew Honda Prihatin - Sokong Rakyat Malaysia Ketika Krisis Banjir

oleh Firdaus Razani|
Ketika beberapa kawasan di seluruh negara kembali dilanda banjir, Boon Siew Honda (BSH) tampil menunjukkan solidariti dengan komuniti yang terjejas.

Melalui komitmen berterusan terhadap kebajikan pelanggan, syarikat ini memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign, iaitu inisiatif khas bagi membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka selepas ditenggelami banjir.

Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025, sekali gus memastikan bantuan dapat diberi pada waktu yang paling diperlukan.

Sebagai permulaan, kempen ini menawarkan pemeriksaan menyeluruh untuk semua motosikal Honda yang terjejas.

Selain itu, pemilik motosikal bersesaran di bawah 250cc akan menerima Free Basic Flood Recovery Package, merangkumi minyak enjin Pro Honda, spark plug, pad brek atau brake shoe bersama seal set, serta engine cleaner, semuanya disediakan bagi memudahkan proses pemulihan motosikal dengan lebih cepat dan selamat.

Kempen ini turut menyediakan diskaun 20% untuk semua alat ganti motosikal yang telah terjejas akibat banjir, meliputi model kecil dan besar.

Untuk memastikan proses lebih teratur, pemilik disarankan membuat temujanji sebelum hadir dan perlu membawa laporan polis atau surat pengesahan pegawai daerah bahawa kawasan mereka terlibat banjir.

Dengan cara itu, pelanggan bukan sahaja menerima bantuan yang diperlukan, malah pengalaman di pusat servis juga lebih lancar.

Bagi memaksimumkan keberkesanan program, BSH bekerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso, yang turut menyokong usaha pemulihan ini.

Melalui gabungan kepakaran serta rangkaian Honda Impian X dan BigWing di seluruh negara, inisiatif ini bukan sekadar bantuan teknikal, tetapi bukti bahawa industri juga memainkan peranan penting ketika rakyat berdepan musibah.

 

ash