Pelancaran rangkaian produk baharu itu merangkumi 7 alat ganti dan 1 pengecas bateri generasi baharu yang direka khusus untuk meningkatkan prestasi kenderaan ke tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan, serta memaksimumkan kecekapan.
Lapan produk baharu yang dilancarkan seperti berikut:
- Clear Advantage TL Wiper
- EFB Battery (M42R)
- C70B Battery Charger
- EVO Spark Plug
- Engine Oil
- Ceramic Brake Pad
- Compound Brake Disc
- ENV6 Brake Fluid

Tentu sekali bagi pengguna kenderaan yang memerlukan bateri jenis EFB atau Enhanced Flooded Battery, pemilihan jenama untuk memastikan ketahanan pastinya menjadi faktor utama.
Pelancaran produk baharu Bosch hari ini termasuk pengenalan bateri EFB M42R, yang dioptimumkan untuk kenderaan dengan fungsi Mula-Henti.
EFB M42R telah diuji sehingga 36,000 kitaran, kuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat yang lebih lama, bersama jaminan waranti selama 12 bulan.

Selain alat ganti, Bosch turut memperkenalkan pengecas bateri generasi baharunya iaitu C70B Battery Charger.
C70B Battery Charger membolehkan pengecasan cekap dengan mod sokongan binaan dalaman dan pintar dengan tetapan memori tersedia untuk meningkatkan aspek penggunaan.
Pengecas bateri itu turut hadir dengan ciri etahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi satu butang yang intuitif.
Menariknya, semua produk yang dilancarkan itu hadir dengan julat harga berbaloi diantara RM30 hingga RM550.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bosch Aftermarket, atau kunjungi kedai atas talian rasmi Bosch’s Automotive di Shopee untuk mendapatkan produk Bosch Autoparts.