Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Bosch menjelaskan mereka telah pun menghentikan pengedaran komponen trak kepada pelanggan di Rusia, dan sedang menyiasat bagaimana bekalan alat ganti tersebut boleh terbocor ke tangan tentera.
Menurut Bosch lagi, mereka tidak pernah membekalkan secara terus komponen kenderaan kepada pengeluar kenderaan tentera di Rusia.
"Kami mengambil berat dakwaan menteri luar Ukraine dan akan melancarkan siasatan terperinci berhubung isu yang dibangkitkan.
Langkah ini juga diambil setelah menteri ekonomi Jerman melancarkan siasatan sama ada Bosch melanggar larangan eksport barangan yang boleh digunakan untuk orang awam dan kegunaan ketenteraan.
Bosch pada ketika ini menggajikan seramai 3,500 orang di tiga lokasi berasingan di negara Rusia, dan syarikat itu dijangka akan menghentikan segala produksi di kilang tempatan serta merta.
Selain Bosch, banyak syarikat automotif yang sudah pun mula menghentikan operasi perniagaan masing-masing di Rusia berikutan serangan negara itu ke atas Ukraine.
Sumber: Automotive News