Bose hasilkan QuietComfort Road Noise Control - kabin kereta lebih senyap!

oleh Mohamad Hanif|
Semua orang tahu jenama Bose yang sudah semestinya pakar di dalam penghasilan alatan audio serta ciri penghapusan bunyi bising (noise cancellation) di dalam fon kepala.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menggunakan kepakaran dan pengetahuan di dalam bidang tersebut, Bose mengaplikasikannya untuk menghasilkan teknologi yang mampu membuang bunyi bising yang tidak diperlukan di dalam kabin. 

Sebagaimana yang kita semua maklum, bunyi bising di dalam kabin adalah hasil sumbangan daripada geseran roda di atas jalan raya, selain daripada insulasi yang tidak begitu berkesan. 

Untuk itu, Bose menerusi ciri QuiteComfort Road Noise Control menggunakan komponen seperti accelerator, mikrofon, perisian pemproses isyarat bunyi dan sistem audio kenderaan bagi mengawal bunyi yang dimaksudkan. 
 


Accelerator tersebut bertujuan untuk mengesan getaran yang menghasilkan bunyi bising sebelum isyarat tersebut dianalisis menggunakan perisian tadi. 

Dalam masa beberapa milisaat, informasi tadi dikira dan isyarat akustik pembatalan bunyi akan dipancarkan bagi menghapuskan bunyi bising yang memasuki ruang kabin. 

Bagi mengawal kadar kebisingan daripada menjadi ketara, beberapa unit mikrofon digunakan di dalam kabin untuk membaca dan seterusnya mengawal kembali sisa bunyi bising yang masih wujud untuk menjadikan kabin lebih senyap. 

Walaupun Bose kini mempunyai teknologi Engine Harmonic Cancellation dan Engine Harmonic Enhancement, ciri  QuiteComfort Road Noise Control yang lebih maju ini diharap bakal direalisasikan kepada model produksi massa menjelang tahun 2021.
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Model manakah yang menjadi asas permulaan kerjasama yang telah berusia 30 tahun ini? Bukan…
Berita Global
30 tahun yang lalu, Bose pernah menunjukkan demonstrasi menggunakan dua buah kereta Lexus bagi…