Bousted mahu jual BHPetrol pada harga RM2b

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Boustead Holdings Bhd diberitakan bakal menjual BHPetrol, dimana mereka meletakkan nilai sebanyak RM2 bilion (USD432 juta) untuk pembeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari Bloomberg, konglomerat yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu dilaporkan sedang bekerjasama dengan penasihat untuk menjual Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, atau dikenali sebagai BHPetrol.

Menurut sumber juga, syarikat minyak dan gas serta firma pelaburan telah menunjukkan minat dalam perjanjian tersebut, dimana nama pihak berminat masih belum diketahui.

Tindakan jualan itu dilakukan selepas penyokongnya, termasuk dana pencen angkatan tentera negara, iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah membeli pemegang saham selain dari BHPetrol.

Menjawab persoalan dari Bloomberg News, jurucakap Boustead berkata syarikat itu sedang dalam proses penyahsenaraian, tumpuan penuh syarikat adalah untuk memenuhi keperluan kawal selia dan kewajipan kepada pihak berkepentingan.

 

2

 

Boustead akan terus menilai pelaburan dan operasinya, dan akan membuat sebarang pengumuman yang berkaitan.

Menurut Bloomberg News, wakil dari LTAT enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

LTAT memegang 97.6% saham konglomerat itu, dan akan menggantung dagangan mulai 20 Jun, dimana ia akan meneruskan penyahsenaraian, menurut pengumuman bursa saham.

Boustead merupakan salah satu konglomerat tertua di Malaysia, perniagaannya termasuk perladangan kelapa sawit, pembangunan hartanah, farmaseutikal, pembinaan kapal dan industri berat lain, dan kewangan.

BHPetrol telah ditubuhkan pada tahun 2006, dan mempunyai rangkaian kira-kira 400 stesen perkhidmatan runcit yang terletak di seluruh semenanjung Malaysia.

 

Sumber: Bloomberg