Kini, nasib Bowler bertambah baik apabila syarikat tersebut telah pun diambil alih oleh Jaguar Land Rover dan bakal duduk dibawah Special Vehicle Operations (SVO) yang turut menaungi divisyen SV, Vehicle Personalization dan Classic.
Menerusi gabungan tersebut, Bowler akan terus memberikan sokongan kepada para pelanggan mereka tanpa mengalami kekurangan staff, seperti mana yang dijanjikan oleh pengurusan Jaguar Land Rover.
Menurut pengarah urusan JLR SVO, Michael van der Sande berkata, "selama 35 tahun Bowler telah menjadi satu jenama yang sinonim dengan inovasi dan kejayaan, dengan reputasi yang tidak terkalahkan di dalam sukan off-road paling mencabar di dunia.
Tahun 2012, Land Rover berganding dengan Bowler membentuk satu cabaran yang digelar sebagai Defender Challenge by Bowler dengan menggunakan jentera yang dimodifikasikan berasaskan platform Defender yang lama.