Sebanyak 44 pasukan sudah pun mengesahkan penyertaan mereka di dalam acara eksklusif untuk jentera kapcai dan sportbike bersesaran 150cc-400cc.
Acara perlumbaan ini akan menampilkan format perlumbaan endurance selama dua jam yang dibuka kepada pelumba professional dan amatur.
Kategori pelumba professional merujuk kepada mereka yang pernah menyertai kategori perdana seperti Kejohanan Cub Prix Malaysia, Malaysian Superbike Championship, diikuti kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti MotoGP, Asia Road Racing Championship, kejuaraan remaja antarabangsa CEV, FIM Asia Supermoto dan kejuaraan-kejuaraan lain.
Sementara format perlumbaan sprint pula terbuka kepada pelumba amatur yang mempunyai lesen perlumbaan sah dikeluarkan oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Acara perlumbaan ini juga bakal melibatkan beberapa pelumba jemputan dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina.
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
Saingan Endurance
- MP150 (moped 150cc)
- MP150 Elite (moped 150cc)
- SB150 (sportbike 150cc)
Saingan Sprint
- SB250 (sportbike 250cc)
- SB250 Elite (sportbike 250cc)
- SB400 (sportbike 400cc)
Sebagai info, BRAAAP Motorsports telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan penunggang tegar yang mahu melihat sukan permotoran dua roda berkembang dengan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian.
Bermula dari sesi latihan bebas di litar (track day), BRAAAP Motorsports telah memperkenalkan acara-acara khusus seperti BRAAAP Track Attack dan BRAAAP 2 Hours Endurance.
Diiktiraf oleh MAM, perlumbaan BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 turut disokong oleh Budak Kimia dan JOND Chain Lube sebagai Penaja Utama, dan TOBAKI Racing, MAXXIS, RK Takasako Chain dan jenama pelincir Estremo sebagai Rakan Teknikal.