Brabus 1300 R Edition 23 rasmi di Malaysia - Hanya 1 unit, harga dari RM430,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan secara global pada Februari lepas, model motosikal super naked talaan khas, Brabus 1300 R Edition 23 tiba secara rasmi di pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diasaskan dari KTM 1290 Super Duke R EVO, Brabus 1300 R Edition 23 merupakan super naked kedua hasil talaan dari syarikat penala terkenal German itu, dimana ia merupakan naik taraf dari versi pertama yang turut ditala oleh Brabus pada tahun lepas.

Ianya ditawarkan dengan dua pilihan warna istimewa iaitu Superblack dan Stealth Gray, dengan hanya 145 unit terhad bagi setiap warna. Satu unit yang tiba di Malaysia hadir dengan warna Superblack.

 

2

 

Menariknya, ia turut menampilkan beberapa komponen yang diperbuat dari gentian karbon bagi membantu mengurangkan berat dan meningkatkan prestasi.

Brabus 1300 R Edition 23 dikuasakan oleh enjin V-twin 1,301 cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 HP pada 9,500 rpm dan 140 Nm pada 8,000 rpm.

Pada bahagian pelana, ia dibalut semula dengan corak jahitan "Crest" Brabus, dan pada bahagian sisi ia menampilkan pemijak kaki kustom serta ekzos dual paip.

 

3

 

Ianya menampilkan jalur tandatangan Brabus pada liang udara diperbuat dari gentian karbon yang direka bentuk semula untuk memberikannya rupa unik.

Seperti yang dilakukan oleh Brabus pada kereta, Brabus 1300 R Edition 23 didatangkan dengan roda forged Monoblock Z yang menampilkan warna Platinum Black, dimana roda tersebut lebih ringan dan kuat berbanding roda standard.

 

4

 

Bagi meningkatkan lagi tahap tunggangan motosikal itu, ia dilengkapi dengan sistem teknologi suspensi separa-aktif WP APEX di sepan dan belakang, dimana ia mempunyai 5 tetapan iaitu Comfort, Street, Sport, Track, dan Advanced.

Terhad kepada 290 unit, ianya akan hanya ditawarkan untuk pasaran terpilih bersama 145 unit setiap warna, dan untuk pasaran Malaysia ia ditawarkan dengan satu unit berwarna Superblack dengan harga bermula dari RM430,000.