Brabus 1300R - jentera dua roda pertama dari penala Brabus

oleh Mohamad Hanif|
Kolaborasi pertama antara KTM dengan penala terkenal Brabus kini membuahkan hasil yang dinamakan sebagai Brabus 1300R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera dua roda yang jahat ini menggunakan asas daripada model KTM 1290 Super Duke R Evo dengan enjin LC8 yang dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 180 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 8,000 rpm.

Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 3.2 saat.
 

Brabus


Brabus telah melengkapkan jentera yang jahat ini dengan klac slipper PASC berkuasa hidraulik, diikuti dengan suspensi semi-aktif WP Apex dengan enam mod berbeza iaitu Comfort, Street, Sport, Track, Advanced dan Auto.

Selain itu, spring belakang boleh boleh ditetapkan ketinggian sehingga 20 mm dengan hanya mengakses menu yang terdapat pada skrin TFT bersaiz lima inci itu.

Bukan itu sahaja, penunggang boleh mendapatkan sehingga tiga tetapan ketinggian yang berbeza yang boleh diubah mengikut berat penunggang serta tambahan pembonceng di belakang.
 

Brabus


Brabus 1300R ini dilengkapkan dengan rim Brabus Monoblock Z bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar Bridgestone S22 Battlax, sementara sistem brek pula terdiri daripada angkup Brembo Stylema empat omboh di depan dengan rotor berkembar 320 mm, diikuti angkup dua omboh Brembo di belakang dengan cakera tunggal 240 mm.

Secara standard, ciri Cornering ABS dan Supermotor ABS dimuatkan sekali pada jentera ini.

Banyak juga aksesori Brabus yang didatangkan pada 1300R ini termasuklah paip ekzos berkembar, serta komponen gentian karbon seperti pelindung lampu utama, fender depan, belly pan, pelindung rantai dan banyak lagi.
 

Brabus


Disebabkan penggunaan bahan ringan ini, berat kering 1300R hanyalah sekitar 194 kg sahaja.

Brabus turut menawarkan pilihan seperti bateri lithium, pelana dan pendikit dengan ciri pemanas terbina, serta penutup tangki tanpa kunci.

Hanya 154 unit sahaja ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu Magma Red atau Signature Black.