Brabus lancar trak pikap mewah P 900 Rocket Edition, harga dari RM2.9 juta

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak contoh modifikasi yang ditawarkan oleh Brabus dengan menggunakan G-wagen sebagai asas, yang pasti setiap satu unit tersebut tidak murah harganya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad sebanyak 10 unit sahaja.

Ya, ia adalah Gelandewagen dengan rekaan pikap yang panjang daripada model 800 Adventure XLP, dimensi casis yang sedikit rendah (2,055 mm) dan prestasi yang dipinjamkan daripada model SUV 900 Rocket.
 

G-wagen


Bahagian luar P 900 Rocket Edition ini menampilkan kit badan lebar gentian karbon yang serba agresif, dipadankan dengan sistem gantungan Brabus RideControl yang mampu merendahkan lagi ketinggian trak pikap G-wagen ini sebanyak 45 mm, rim Brabus Monobloc Z "Platinum Edition" bersaiz 24 inci dengan cakera pelindung rim aero gentian karbon, serta tip ekzos di bahagian sisi.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera keluli berliang dan berlubang alur gerudi silang bersaiz 400 mm di depan dan 370 mm di belakang.
 

G-wagen


Brabus P 900 Rocket Edition ini didatangkan dengan enjin 4.5 liter biturbo bentangan V8 yang telah ditala semula dengan hamburan kuasa 888 hp dan 1,050 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda kekal.

Biarpun dengan berat sekitar 2,720 kg, Brabus P 900 Rocket Edition ini mampu memecut sepantas 3.7 saat dari 0-100 km/j, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 280 km/j yang dihadkan secara elektronik.
 

G-wagen


Ruang kabin hanya 'mampu' memuatkan empat orang sahaja pada satu-satu masa, dengan hiasan pakej Brabus Masterpiece yang terdiri daripada upholsteri kulit, jahitan 'Seashell Diamond', dan aksen Rocket Red.

Selain daripada itu, ia juga turut didatangkan dengan tempat duduk yang mempunyai fungsi pemanas dan ventilasi, trim gentian karbon, sistem pencahayaan ambien, emblem Brabus bercahaya, skrin tambahan dan panel kawalan 4.3 inci untuk penumpang belakang.

Harga jualan untuk sebuah Brabus P 900 Rocket Edition bermula dari €649,638 (RM2,917,202), jauh lebih mahal berbanding varian SUV 900 Rocket.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…