Brabus tawar pakej naik taraf kuasa untuk A250

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz menerusi model A250, usah risau kerana Brabus kini menawarkan naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch yang digelar sebagai B 25.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ia tidak setanding dengan apa yang ditawarkan oleh hatchback AMG A 35 dan A 45 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, sekurang-kurangnya Brabus menawarkan naik taraf kuasa daripada enjin 2.0 liter empat silinder sebaris itu kepada 267 kuasa kuda dan daya kilas 430 Nm
 


Tidak cukup dengan itu, kit prestasi PowerXtra B 25 S yang ditawarkan ini mampu memberikan pecutan sepantas 5.9 saat daripada pegun kepada 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. 
 


Selain daripada talaan kepada sistem mekanikal, Brabus turut menawarkan kit badan yang agresif seperti rim bersaiz 20 inci, wing belakang, serta sistem ekzos dengan ciri kawalan flap membolehkan pemandu memilih irama yang dikehendaki ketika memandu. 
 


Tidak sah untuk kereta talaan Brabus tanpa hadir dengan pelbagai pilihan balutan kulit dan upholsteri Alcantara yang bersesuaian dengan jiwa pemilik. 
 


Menurut Brabus, mereka juga kini sedang membangunkan kit naik taraf untuk A-Class bernadikan diesel. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…