BRAND'S, PLUS Malaysia Berhad kerjasama lancarkan kempen keselamatan jalan raya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BRAND’S Sari Pati Ayam (BRAND’S) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama melancarkan kempen keselamatan jalan raya "Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada" sempena musim perayaan bakal tiba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu sepanjang musim perayaan ini.

Tentunya apabila tiba musim perayaan, para anggota Lebuhraya PLUS, PLUSRonda memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan yang selamat dan lancar bagi pengguna lebuh raya.

 

2

 

Bagi menyokong usaha tersebut, BRAND'S membekalkan BRAND’S Sari Pati Ayam bagi memastikan petugas PLUSRonda kekal bertenaga sewaktu bekerja sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu juga, BRAND’S turut membekalkan 50,000 botol BRAND’S Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih.

Untuk maklumat terkini mengenai kempen tersebut serta Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan info trafik musim perayaan ini, sila layari Facebook PLUS Malaysia Berhad dan BRAND'S Malaysia.