Brexit - BMW tangguh pembangunan Mini generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan ketidaktentuan yang dicetuskan akibat Brexit, BMW memutuskan untuk menangguhkan sementara pembangunan MINI generasi berikutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MINI pada ketika ini dipasang di Oxford dan di Born, the Netherlands dan selaku pemilik MINI, BMW tidak akan melakukan pelaburan skala besar sehinggalah terdapat kata putus yang sah antara Britain dan European Union di dalam perjanjian perdagangan.

Sekiranya tarif yang tinggi dikenakan terhadap eksport, ia mungkin memaksa BMW memindahkan sebahagian produksi MINI ke the Netherlands. 

Ketika ini, BMW memproduksikan 211,660 unit kenderaan di Netherlands pada tahun 2018, dan 234,501 unit Mini di Oxford pada tahun yang sama. 

Pengeluar automotif Jerman itu telah pun membangunkan tiga generasi MINI semenjak membeli jenama tersebut daripada Rover Group pada tahun 1994, setiap satu generasi mampu bertahan selama enam tahun. 

Namun, generasi terkini yang dipanggil sebagai UKL1 telah pun berada di pasaran sejak tahun 2014 dan jangka hayatnya dipanjangkan oleh BMW bertujuan untuk mengurangkan kos pembangunan platform baharu. 
 


BMW sebenarnya telah pun memulakan langkah penjimatan kos sebanyak $13.3 billion (RM54.51 billion) dengan mengurangkan kombinasi enjin dan kotak gear sehingga 50 peratus selain menurunkan kos pembangunan kenderaan baharu. 

Ini kerana, kos untuk membangunkan platform baharu sahaja sudah pun menelan belanja lebih daripada 1 billion euro, menurut pakar Metzler memberitahu Reuters. 

Ini merupakan salah satu sebab kenapa kebanyakan pengeluar banyak berkongsi komponen daripada platform lama kepada pelantar generasi baharu, seperti contoh, Golf Mk7 dan Golf Mk8.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…