Selain daripada itu, tahukah anda syarikat Jepun itu juga turut mengeluarkan produk pelitup muka?
Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda pada ketika ini, BRIDE juga menggunakan kepakaran mereka untuk menghasilkan pelitup muka tersendiri untuk kegunaan umum.
Produk BR3D merupakan topeng muka yang mudah dibasuh terdiri daripada empat lapisan yang diperbuat daripada poliester, fabrik pelindung UV dan lapisan luaran yang diperbuat daripada fabrik urethane daripada lebihan bahan pembuatan kerusi sebenar!
Menurut BRIDE lagi, lapisan dalaman direka supaya mampu memberikan keselesaan kepada pemakai walaupun ketika di pakai dalam keadaan cuaca yang panas.
Logo BRIDE jika diperhatikan juga tidak konsisten kualitinya kerana ia diambil daripada bahan buangan ketika proses pemasangan kerusi.
Berdasarkan semakan di laman web BRIDE Jepun, pelitup muka BR3D ini dijual pada harga ¥3,300 (RM131).
Sumber: BRIDE