Bridgestone dilantik sebagai pembekal tayar kustom Maserati MC20

oleh SALINA JALIL|
Maserati MC20, cukup terkenal dalam kategori 'supercar'! Jentera dari negara Itali ini dipadankan dengan kuasa kuda 630 hp dan daya kilas 730 Nm sememangnya cukup 'agresif' untuk dipandu. Yang pasti, ia memerlukan tayar yang terbaik untuk memastikan kuasa tersebut dapat disalurkan secara tepat ke permukaan jalan dengan efektif.


Bagi memastikan jenama mewah itu dapat beraksi pada kuasa maksima, mereka telah melantik Bridgestone sebagai pembekal tayar eksklusif bagi supercar terbarunya itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Bridgestone, MC20 akan diberikan tayar Potenza yang dibangunkan secara khas. 


Ia menampilkan reka bentuk bunga asimetrik bagi tujuan meningkatkan pengendalian pada bahagian stereng dan memberikan kestabilan semasa mengambil jalan berselekoh.


Selain itu, kompaun bunga yang baharu juga menawarkan tahap cengkaman yang lebih tinggi, manakala struktur crown dalaman bertindak mengedarkan tekanan permukaan tayar secara sekata.


Kombinasi elemen-elemen tersebut memberikan gabungan kawalan, kelajuan dan kestabilan yang optimum yang dapat meningkatkan prestasi keseluruhan MC20.


Tayar Potenza kustom ini dibangunkan dan diuji di pusat R&D Maserati dan Bridgestone. Dengan adanya teknologi pemodelan maya, Bridgestone mendedahkan bahawa mereka telah berjaya mengurangkan masa proses pembangunan iaitu dalam masa 24 bulan sahaja.

 

“Tayar Potenza yang direka khas ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan tinggi daripada Maserati. Ia dibangunkan, diuji dan dihasilkan sepenuhnya di Eropah.

 

“Sekali lagi, kami bekerjasama dengan Maserati dalam pembangunan tayar Potenza berprestasi tinggi bagi membolehkan Maserati MC20 menunjukkan keupayaan sebenar, kawalan dan kuasa,” kata Naib Presiden Penggantian Pengguna dan OE di Bridgestone EMIA, Steven De Bock.

 

Eksekutif Rangkaian Kenderaan Maserati (Kereta Sport), Federico Landini berkata, "Projek MC20 adalah projek perintis antara Bridgestone dan Maserati. Kami mempunyai minat yang sama iaitu inovasi dan mencapai kecemerlangan. Kami ingin tawarkan kepada pelanggan kami satu produk premium untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa". 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…