Bridgestone dilantik sebagai pembekal tayar Perodua Ativa

oleh SALINA JALIL|
Perodua Ativa yang baru saja dilancarkan pada minggu lepas telah mendapat sambutan hangat daripada pembeli yang rata-rata tertarik dengan teknologi dan kelengkapan yang ditawarkan, serta julat harga yang mampu milik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, crossover yang berasaskan Daihatsu Rocky itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu X (dari RM61,500), H (dari RM66,100) dan AV (dari RM71,200).

 

Antara kelengkapan yang disertakan secara standard pada ketiga-tiga varian adalah enjin turbo 1.0-liter tiga silinder yang dipadankan dengan D-CVT, lampu LED automatik, bantuan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA 3.0) yang telah dipertingkatkan, serta sistem Lane Departure Warning and Prevention.

 

Salah satu ciri yang diperkatakan tentang Perodua Ativa ini adalah di bahagian luar di mana ia didatangkan dengan tayar keluaran Bridgestone. Bagaimanapun, hanya varian H and AV yang dilengkapi dengan rim 17 inci, membuatkan ia kelihatan lebih bergaya dan ‘rugged’ seperti sebuah SUV sebenar. Sementara itu, Ativa X pula mendapat rim berukuran 16 inci.

 

Kedua-dua varian tersebut menggunakan tayar jenis touring premium Bridgestone Turanza T005A bersaiz 205/60 R17, yang mana menurut Bridgestone Malaysia, tayar ini menjanjikan perjalanan yang lancar serta keselesaan kelas pertama, tahap kesenyapan yang tinggi dan keselamatan yang terjamin.

 

Bridgestone Turanza

 

Tayar ini boleh didapati di outlet Bridgestone Select (B-Select) dan Bridgestone Pro Shop di seluruh negara. Tayar Turanza T005A menampilkan sebatian Nano Pro-Tech yang direka khas untuk memperkuatan ikatan antara silika dan polimer. Hasilnya, penjanaan haba dan kehilangan tenaga dapat dikurangkan, dan secara tidak langsung mempertingkatkan keselamatan serta prestasi pemanduan di atas permukaan basah.

 

 

Untuk melihat lebih dekat tentang Perodua Ativa ini, sila lihat di video ini:

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…