Bridgestone lancar tayar SUV baharu ECOPIA H/L 001 - harga bermula RM294 seunit

oleh Mohamad Hanif|
Bridgestone secara rasmi membawakan produk tayar baharu ECOPIA H/L 001 yang direka khas untuk para pemilik SUV yang mementingkan keseimbangan antara keselamatan, jangka hayat yang lama serta penjimatan bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi baharu tayar ini melambangkan kepakaran selama 20 tahun yang dimiliki oleh Bridgestone dalam membangunkan tayar eko berprestasi tinggi yang direka khas untuk pemandu yang 'mahukan segalanya'.

ECOPIA H/L 001 dibangunkan dengan mensasarkan tiga manfaat utama iaitu:

  • Kadar cengkaman yang meyakinkan atas jalan basah - rekaan chamfered yang ditambahbaik pada ECOPIA H/L 001 membolehkan tayar mencengkam dengan baik terutama di atas jalan basah, sementara rekaan benang baharu menyumbang kepada pengendalian serta mengurangkan kadar hydroplanning.
  • Jangka hayat yang lebih lama - rekaan lug yang lebih dalam pada struktur bahu direka untuk menguatkan kadar kekakuan tayar dan memanjangkan hayat tayar. Corak benang baharu juga direka untuk mengurangkan ubah bentuk tayar dan menyumbang kepada jangka hayat yang lebih lama.
  • Penjimatan bahan api - teknologi NanoPro-TechTM menawarkan kadar rintangan golekan yang rendah, menyumbang kepada penjimatan bahan api setiap hari, mengurangkan emisi CO2 sekaligus mengurangkan jejak karbon kenderaan kepada alam sekitar.

 

features


Menurut Michael Chung, Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sale (Malaysia) Sdn Bhd, "Tayar ECOPIA H/L 001 merupakan tayar dengan kadar rintangan golekan yang rendah untuk SUV tanpa mengorbankan keselesaan dan juga keselamatan.

"Berdasarkan maklum balas daripada pasaran, antara ciri penting yang dilihat oleh pemandu SUV dalam pemilihan tayar adalah kadar cengkaman, prestasi atas jalan basah, jangka hayat dan juga keselesaan. ECOPIA H/L 001 merupakan tayar yang cemerlang dalam kesemua aspek yang diperkatakan, dengan bonus penjimatan bahan api.

 

promosi Bridgestone


Bersempena dengan pelancaran rasmi ECOPIA H/L 001, Bridgestone mengadakan kempen promosi bermula 1 Ogos hingga 30 September yang menawarkan rebat untuk setiap pembelian satu set yang terdiri daripada empat tayar ECOPIA H/L 001.

Pembeli boleh menikmati rebat sehingga RM80 menerusi pembelian melalui kedai Bridgestone B-Select, kedai PRO atau pengedar sah Bridgestone yang terdapat di seluruh negara.

Tayar Brigestone ECOPIA H/L 001 boleh didapati dalam 43 saiz untuk tayar bersaiz 15 hingga 18 inci, dengan harga jualan yang disarankan bermula dari RM294 hingga RM854 per unit.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web Brigdestone di bawah:

https://www.bridgestonetyre.com.my/en/bridgestone-ecopia-hl001-for-suv-drivers-who-want-it-all-launch-promotion

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…