Bring A Trailer: Kembali ke masa silam dengan DeLorean DMC-12, dan trak pikap Toyota SR5!

oleh Mohamad Hanif|
Khusus buat para peminat filem trilogi Back To The Future, pihak Bring A Trailer kini membawakan dua buah model replika kepada kenderaan yang digunakan di dalam filem tersebut, iaitu DeLorean DMC-12 1981 dan Toyota Xtra Cab SR5 1985.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan rujukan yang dibuat terhadap laman web Bring A Trailer pada ketika ini, bidaan terhadap DMC-12 ini mencecah nilai $32,000 (RM139329) manakala bidaan terhadap trak pikap Toyota SR5 itu mencapai angka $30,000 (RM130,621).

 


Kereta 'mesin masa' yang digunakan dalam ketiga-tiga filem tersebut memiliki jarak perbatuan sekitar 6,920 kilometer, dengan enjin asal 2.85 liter bentangan V6 yang menghasilkan 130 hp dan 207 Nm dengan sistem transmisi manual lima nisbah kelajuan.

Ketiadaan komponen flux capacitor di bahagian belakang yang biasa dilihat dalam filem telah digantikan dengan beberapa barangan memori filem Back To The Future termasuklah surat khabar, kasut, serta papan luncur berwarna merah jambu di bahagian belakang kereta tersebut.

 


Sementara itu, trak pikap Toyota SR5 ini pula hadir dengan layangan warna hitam berkilat yang digunakan oleh Marty McFly pada akhir filem BTTF yang pertama yang lengkap dengan bumper tubular dan enam unit lampu bantuan berwarna kuning.

Walaupun dengan jarak perbatuan sekitar 209 ribu kilometer, trak pikap ini seakan tidak menunjukkan sebarang masalah untuk bergerak lebih jauh di bawah kendalian pemilik baharu.

 


Untuk yang mahu mencuba nasib, anda boleh melawat laman web Bring A Trailer di mana bidaan akan berakhir dalam masa tiga hari lagi menerusi pautan di bawah:

DeLorean DMC-12 1981

Toyota Xtra Cab SR5 1985

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…