Brixton Cromwell 1200 tiba di Malaysia - 83 HP dan 108 Nm, harga dari RM58,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi jenama Brixton di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sebentar tadi telah melancarkan Brixton Cromwell 1200, motosikal berkuasa dengan gaya klasik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Brixton Cromwell 1200 dikuasakan enjin 1222 cc 2 silinder sebaris, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang mampu menghasilkan 83 HP dan 108 Nm.

 

2

 

Dengan berat sehingga 235 kg, ianya dilengkapi dengan suspensi teleskopik di bahagian hadapan dan suspensi boleh laras di bahagian belakang.

Rim pula menggunakan jenis jejari bersaiz 18 inci di bahagian depan dan 17 inci di bahagian belakang, bersama dwi cakera dan angkup brek di depan, serta cakera dan angkup tunggal di belakang, lengkap bersama sistem ABS dwi saluran.

 

3

 

Hadir bersama pelbagai ciri klasik, Cromwell 1200 didatangkan dengan pelbagai komponen tambahan termasuk dua beg pelana berkapasiti 10 liter di bahagian sisi.

Selain ciri klasik, Cromwell 1200 juga turut didatangkan dengan ciri moden seperti meter TFT berbentuk bulat yang memaparkan segala maklumat, serta dua fungsi mod tunggangan iaitu Eco dan Sport dan fungsi cruise control.

 

4

 

Untuk pasaran Malaysia, Brixton Cromwell 1200 ditawarkan bermula dari RM58,888 bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km.

Istimewa untuk 100 pembeli terawal pula, harga ditawarkan bermula dari RM55,888.