BSN akan selesaikan baki pinjaman kereta Adib

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bank Simpanan Nasional (BSN) kelmarin telah mengumumkan bahawa ia akan membantu menyelesaikan baki pinjaman kenderaan yang diambil oleh Muhammad Adib Mohd Kassim, ahli bomba yang meninggal dunia akibat kecederaan beliau.

BSN berkata ia akan dimasukan di bawah aktiviti CSR syarikat itu dan ia mahu membantu keluarga arwah.

Menurut kenyataan BSN, Allahyarham baharu sahaja membeli sebuah kereta dari BSN dan kenderaan itu disimpan di kampung untuk digunakan selepas perkahwinan beliau kelak.

Muhammad Adib, 24 ialah ahli Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan di Stesen Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 pm Isnin lalu (17 Dis) selepas dipercayai diserang ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, 27 Nov lalu.

Muhammad Adib membeli sebuah Perodua Myvi dua bulan lalu sebagai persiapan untuk kehidupan arwah selepas perkahwinannya dengan Nurul Najihah Mohd Radzi yang sepatutnya berlangsung semalam (22 Dis).