Buang sampah dari kenderaan - polis boleh denda hingga RM300

oleh HEZERI SAMSURI|
Tabiat segelintir rakyat Malaysia yang gemar membuang sampah dari Malaysia sebenarnya adalah salah dari segi undang-undang.

Menurut terbitan informasi dari Facebook Polis DiRaja Malaysia, perbuatan membuang sampah dari kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

Careta sangat mengharapkan agar pihak PDRM juga turut menimbang menyaman kenderaan yang membuang sampah hasil dari hantaran gambar-gambar oleh pengguna lain.

Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, tabiat membuang sampah merata-rata sangat memalukan. 

Sediakan bekas kecil di dalam kenderaan untuk mengumpul segala sampah. 

Jangan kenderaan kita sahaja yang bersih, tetapi persekitaran kita yang kotor.
 

Add new comment

Careta Ad