Buat pinjaman tabung bantuan Covid-19 - tapi beli Huracan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang lelaki dari Florida, David Hines telah dituduh menyalahgunakan pinjaman dana dari tabung bantuan bencana Covid-19 untuk membeli sebuah Lamborghini Huracan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dana Paycheck Protection Programme (PPP) itu ditubuhkan untuk membantu perniagaan kecil dan organisasi lain yang terkesan dengan cara memberi pinjaman bagi membayar gaji pekerja, faedah pinjaman hartanah dan sebagainya.

Hines bagaimanapun menggunakan laporan kewangan dan senarai pekerja yang palsu dari beberapa syarikat dan meminta pinjaman keseluruhan sebanyak US$13.5 juta.

Pihak bank bagaimanapun hanya meluluskan pinjaman sebanyak US$3.9 juta dan selepas beberapa hari, Hines terus membeli Huracan tersebut.

* Laporan asal dari WFTS

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…