Buat repot konon motosikal hilang, rupanya ada tunggakan bayaran

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Seorang lelaki didapati sengaja membuat laporan polis palsu demi membuat tuntutan kepada syarikat insurans untuk membaiki kerosakan pada motosikalnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu membuat laporan berhubung kehilangan motosikal yang diletakkan di belakang sebuah kedai di Genting Permai, Genting Highlands Rabu lepas.

Ketika mengambil keterangan, pihaknya mendapati terdapat keraguan dalam keterangan suspek.

Pemeriksaan lanjut terhadap sistem kamera tertutup (CCTV) juga mendapati tiada sebarang kejadian kehilangan motosikal berlaku.

“Suspek didapati mereka-reka cerita kerana motosikalnya telah rosak dan mempunyai tunggakan bayaran bulanan serta tujuan laporan polis dibuat adalah untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Zaiham berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Sumber: The Sundaily

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ini kerana katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang akan pergi ke PPS untuk…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, laporan polis telah dibuat bagi tujuan…
Berita Domestik
  Presiden Gabungan Bas Malaysia Cawangan Melaka, Muhammad Azwan Jajendran Abdullah, 53, berkata,…