Buaya Endurance Race bakal bantu Hot Rocket Racing Club mencari bakat baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam usaha untuk membentuk masa depan sukan permotoran, Hot Rocket Racing Club baru-baru ini telah mengumumkan penubuhan sebuah inisiatif Program Pembangunan Pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut bakal memberi tumpuan kepada perlumbaan go-kart dan perlumbaan sim, dimana ia bertujuan untuk mengenal pasti dan memupuk bakat luar biasa terutama sekali golongan muda.

Matlamatnya ialah untuk mencipta pemandu bertaraf dunia yang mampu mewakili Hot Rocket dalam acara perlumbaan terkenal, sama ada di dalam dan luar negara.

Sebagai sebahagian dari program tersebut, Hot Rocket Racing Club bakal mengadakan Buaya Endurance Race pada 27 Ogos ini yang bakal menampilkan saingan dalam kategori go-kart.

15 pelumba terbaik dari perlumbaan tersebut bakal menerima peluang keemasan untuk mewakili Hot Rocket dalam perlumbaan ketahanan selama 6 jam, bertempat di Litar Go-kart Pinnacle di Subang hujung pada hujung tahun ini.

 

2

 

Buaya Endurance Race bakal menampilkan perlumbaan ketahanan selama 2 jam tanpa henti, yang bakal disertai oleh 15 pasukan terdiri dari 2 hingga 4 pelumba.

Ia akan menampilkan format di mana pelumba akan bertukar setiap 15 minit untuk mencatat seberapa banyak pusingan yang mungkin dalam jangka masa diberikan.

Pasukan pemenang bakal menerima hadiah bernilai RM10,000, serta pelbagai hadiah dan mata 'rocket points' untuk semua peserta yang boleh ditebus untuk pelbagai jenis aksesori permotoran dan sesi go-kart di cawangan terpilih.

Untuk maklumat lanjut tentang Hot Rocket Racing Club dan mendaftar untuk Buaya Endurance Race, layari laman web rocketnation dan klik pada pautan ini untuk mendaftar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rocket Nation yang merupakan kumpulan elit kelab tersebut telah berjaya memperoleh tempat ketiga…