Budak 5 tahun pandu jip mainan atas jalanraya umum - bina semangat, kata ibubapanya

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun China ialah sebuah negara yang semakin digerun negara maju kerana kemajuan teknologi mereka, namun kerana jumlah penduduk yang ramai dan kini mempunyai kemampuan membeli yang kuat, kita masih boleh mengharapkan gergasi timur ini dalam bab berita-berita yang mencuit hati.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terbaharu, sepasang ibubapa telah diberi amaran oleh polis kerana membenarkan anak lelaki mereka berusi lima tahun membawa jip plastik bateri mainan ke atas jalanraya awam yang sibuk.

 

 

Budak lelaki itu memandu jip mainan itu sejauh dua kilometer sambil ditemani oleh ibubapanya yang menaiki skuter.

Kejadian yang berlaku di wilayah Zhejiang itu berakhir apabila polis terlihat adegan tersebut.

Polis menyaman bapanya kerana membawa penumpang (isteri) di atas skuter (di China ada motosikal yang tidak dibenarkan membawa penumpang) dan juga merampas jip mainan tersebut.

 

 

Ibubapa itu berkata mereka cuma mahu membina semangat jatidiri anak lelaki mereka.

Mungkin mereka berdua perlu membina akal yang lebih sihat dahulu.

*Berita asal dari South China Morning Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…