Bugatti bakal tamat produksi Chiron, tinggal 40 slot sahaja yang kosong!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan angka produksi dihadkan kepada 500 unit untuk satu dunia, sedar ataupun tidak supercar Bugatti Chiron (termasuk Chiron Sport dan varian yang tidak sama waktu dengannya) kini sudah menghampiri fasa penghujung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengeluar itu kini sedang memasuki fasa akhir yang akan melibatkan unit-unit Bugatti  Chiron Pur Sport dan Chiron Super Sport.

Menurut Bugatti, mereka yang mahukan unit Chiron di dalam garaj peribadi perlu bertindak pantas kerana tidak kurang daripada 40 slot sahaja yang masih lagi kosong tidak berpenghuni.

Pengenalan model Chiron dilihat sebagai satu kejayaan memandangkan kira-kira 300 unit telah ditempah dalam tempoh 18 bulan sejak pengenalan kali pertama, di mana permintaan yang kuat datangnya dari pasaran Amerika Syarikat.
 

Chiron


Varian yang dilancarkan beberapa bulan lalu merupakan sebuah grand tourer Chiron Super Sport yang dilengkapi dengan enjin W16 8.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,587 hp dan daya kilas 1,600 Nm.

Bugatti Chiron Super Sport mampu memecut sepantas 5.5 saat dari 0-200 km/j, sementara 0-300 km/j pula dalam tempoh 12.1 saat  sebelum mencapai kelajuan tertinggi 440 km/j.

Nak tahu berapa kos servis sebuah Bugatti Chiron? Jemput baca pada pautan di bawah:

Baca: Kos Servis Bugatti Chiron Pur Sport di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
Bugatti Chiron Super Sport Golden Era hadir dengan ciri unik di mana ia menampilkan 45 lakaran…
Berita Global
  Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta…