Bugatti berjaya peroleh 18 tempahan Chiron dari seluruh Asia Tenggara!

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun rantau Asia Tenggara tidaklah gah seperti pasaran-pasaran dunia yang lain, akan tetapi ia bukanlah penghalang buat Bugatti untuk memperoleh prestasi jualan yang memberangsangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber kami Muhammad Al Qawi, Pengarah Urusan Wearnes Automotive Group, Victor Kwan menjelaskan, sehingga saat ini Bugatti SEA telah berjaya memperoleh 18 unit tempahan bagi kereta-kereta Bugatti dari seluruh Asia Tenggara.

Kesemua tempahan tersebut merangkumi model-model seperti Chiron, Chiron Sport, Chiron Pur Sport serta Chiron Super Sport, namun ia tidak merangkumi model edisi terhad seperti Chiron Super Sport 300+ dan Chiron 110 Viva La France.
 

Bugatti


Dari segi kuasa, jentera pantas ini dikuasakan oleh enjin 8.0 liter W16 dengan bantuan induksi paksaan kuad-turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,479 hp dan daya kilas 1,600 Nm.

Dalam versi yang lebih berkuasa (Chiron Super Sport 300+), enjin ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,578 hp.

Pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam tempoh 2.4 saat, 0-200 km/j dalam 6.5 saat, 0-300 km/j dalam 13.6 saat dan 0-400 km/j dalam masa 32.6 saat!
 

bugatti


Bugatti Chiron dipasarkan sebagai model pengganti kepada model Bugatti Veyron dengan sasaran produksi sebanyak 500 unit termasuk varian-varian Chiron yang dilancarkan sebelum ini.

Namun, angka produksi ini bergantung kepada kos perolehan serta ketersediaan bahan mentah, selain terpaksa bergantung kepada stok bekalan cip semikonduktor yang masih lagi membelenggu kebanyakan syarikat pengeluar automotif dunia.

Harga? Sebagai rujukan, Bugatti Chiron yang dilancarkan di Malaysia tempoh hari berharga lebih daripada RM12 juta, dan kos penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport pula adalah sekitar RM1.612 juta untuk tempoh empat tahun!

Sumber: Muhammad Al Qawi

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…