Bugatti Bolide 1,824 hp perlu guna sistem brek karbon Brembo paling besar!

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti Bolide telah pun diperlihatkan secara rasmi kira-kira empat tahun yang lepas sebagai sebuah jentera khusus untuk kegunaan litar.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,824 hp dan 1,850 Nm.

Untuk menghentikan jentera yang agak berkuasa dengan berat sekitar 1,240 kg ini sudah pasti memerlukan sistem brek yang lebih mencengkam.
 

brembo


Disebabkan itu, Bugatti telah melengkapkan jentera litar ini dengan sistem brek khusus daripada Brembo.

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rotor karbon bersaiz 15.3 inci di mana rotor hadapan mempunyai spesifikasi dimensi yang lebih tebal.
 

brembo


Untuk gandar hadapan terdapat angkup monoblok aluminium salutan nikel lapan omboh dengan empat pelapik brek yang lebih tebal, sementara gandar belakang pula menampilkan angkup enam omboh - juga diperbuat daripada bahan sama.

Secara keseluruhan, ia merupakan sistem brek karbon yang terbesar pernah dihasilkan oleh Brembo, dan menjadikannya sama aras dengan teknologi brek yang digunakan untuk jentera LMDh dan Formula Satu.
 

brembo


Disebabkan binaan karbon, setiap satu rotor mempunyai berat sekitar 3.175 kg sahaja.

Sistem brek yang sangat besar ini sudah pasti memerlukan sistem penyejukan yang lebih berkesan.
 

brembo


Untuk itu, Bugatti telah mereka saluran penyejukan khas bagi menyalurkan udara sejuk kepada brek untuk mengelakkan masalah terlalu panas yang menyumbang kepada pudar brek (brake fade).

Hanya 40 unit sahaja Bugatti Bolide yang akan diproduksikan, setiap satu berharga $4 juta (RM19.11 juta) dan kesemua unit telah pun mendapat pemilik masing-masing.

 


 

Baca: Bugatti Bolide - jentera untuk kegunaan litar

Baca: Casis monocoque Bugatti Bolide

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…
Berita Domestik
Malah, koleksi hypercar-nya juga tidak kurang hebat, dengan unit seperti Chiron berharga $2.6 juta…
Berita Global
Bugatti Bolide sebenarnya bermula sebagai sebuah kajian eksperimental untuk melihat potensi sebenar…