Baru-baru ini, menerusi acara Festival Automobile International yang ke-36 berlangsung di Paris, para juri sebulat suara memilih Bugatti Bolide sebagai pemenang di dalam kategori Hypercars mengalahkan tiga lagi calon finalis sebagai hypercar yang paling cantik di dunia.
Menurut Pengarah Unit Rekaan Bugatti, Achim Anscheidt, "Bolide merupakan satu cabaran yang ternyata berbeza buat pasukan pereka, dan salah satu kerja gila apabila kami 'meleraikan' kereta tersebut sehinggalah kepada nadi W16 kuad-turbo, dan membinanya semula untuk mencipta sebuah Bugatti yang paling ekstrem.
"Perkara tunjang pada kami adalah untuk menghormati segala keperluan teknikal Bolide, dengan memfokuskan kepada fungsi terlebih dahulu, baharulah aspek bentuk dikembangkan.
"Ia merupakan satu penghormatan buat kami apabila rekaan Bolide dipilih sebagai hypercar yang paling cantik oleh para juri dan pakar.
Produksi Bolide hanya dihadkan kepada 40 unit sahaja dengan harga jualan setiap satu adalah sekitar 4 juta Euro (RM19.4 juta).
Unit pertama hanya akan diedarkan kepada pelanggan pada tahun 2024.
Baca: Bugatti Bolide