Bugatti Chiron Profilee kini kereta paling mahal di dunia - RM45.6 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Model one-off Bugatti Chiron Profilee telah dilelong dalam acara yang dianjurkan oleh RM Sotheby's di Perancis baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan jumlah bidaan bernilai 9,792,500 euro (~RM45.6 juta), Bugatti Chiron Profilee kini dinobatkan sebagai kereta yang paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan.

Harga yang disebutkan itu tidak termasuk dengan cukai VAT, di mana nilai tersebut mampu mencecah sehingga 12 juta euro (RM55.88 juta).

 


Bugatti Chiron Profilee merupakan model terakhir Bugatti yang dilengkapi dengan enjin W16 (`1,479 hp), di mana pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 2.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 380 km/j.

Ia menampilkan beberapa elemen daripada model Pur Sport seperti casis yang ditala semula, nisbah gear yang lebih pendek, diikuti dengan spring yang lebih keras untuk pengendalian di selekoh yang lebih berkesan.

Baca: Bugatti Profilee 2023