Selain daripada menghasilkan supercar terpantas di dunia Chiron, Bugatti juga sebenarnya terlibat dalam kegiatan #2kerja di mana mereka sebenarnya pakar dalam penghasilan perabot rumah!
Koleksi perabot terbaharu yang dipamerkan pada acara Milan's Salone del Mobile minggu lalu menampilkan beberapa jenis perabot termasuklah katil, meja kopi, sofa dan kerusi malas premium.
Pemilihan bahan juga sangat selektif terdiri daripada fabrik teknikal, batu marmar, bahan lazurite relative sodalite dan juga gentian karbon!
Kesemua perabot ini direka dengan kolaborasi bersama Luxury Living Group yang diinspirasikan daripada hasil kerja Carlo Bugatti, bapa kepada pengasas Ettore Bugatti.