Bugatti W16 Mistral - Chiron versi roadster, 1,578 hp, 99 unit, dari RM22 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti baharu sahaja melancarkan sebuah model roadster Mistral edisi terhad di mana ia menggunakan asas daripada model Chiron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mistral mengambil inspirasi daripada nama sebuah angin yang wujud di selatan Perancis, dan menurut Bugatti ia merupakan model roadster Chiron yang pertama sejak model Veyron Grand Sport Vitesse ditamatkan produksi pada tahun 2015.

Hanya 99 unit sahaja yang akan dihasilkan dan pelanggan boleh menunggu sehingga awal tahun 2024 untuk mendapatkan unit masing-masing.
 

W16 Mistral


Ia membawakan nadi W16 8.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,578 hp dan daya kilas 1,600 Nm yang dipinjamkan daripada model Chiron Super Sport.

Ia membolehkan Mistral mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 420 km/j, sekaligus menjadikannya convertible paling pantas di dunia.

Biarpun berkongsi platform dan enjin yang sama dengan Chiron, Bugatti membawakan pendekatan yang berbeza, di mana elemen rekaan luaran mengambil inspirasi daripada model Type 57 Roadster Grand Raid 1934, dengan elemen lampu yang mengingatkan kita pada model Maserati MC20.
 

Mistral


Sementara bahagian belakang pula menempatkan unit lampu berbentuk X, bukaan liang udara yang besar, diikuti dengan komponen diffuser yang agresif.

Jika anda perasan, terdapat sepasang liang kemasukan udara di belakang tempat duduk yang merupakan satu rujukan kepada elemen rekaan daripada model Grand Raid, dan dalam masa yang sama menawarkan perlindungan rollover kepada penumpang.
 

Mistral


Kemasan ruang kabin pula banyak dipinjamkan daripada model Chiron, dengan penggunaan bahan berkualiti seperti billet aluminium dan titanium bagi menggantikan penggunaan bahan plastik yang biasa kita lihat pada kereta biasa.

Seperti yang disebutkan, hanya 99 unit sahaja Bugatti Mistral yang akan dihasilkan, dengan harga jualan mencecah $5 juta (RM22 juta) setiap satu. Sayang sekali, kesemua unit telah pun habis terjual.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, hayat enjin tersebut tidak lagi akan diteruskan selepas pengenalan model W16 Mistral baru-…