Bukan #FakeTaxi, tapi Teksi London mewah talaan Kahn!

oleh Mohamad Hanif|
Kahn Design merupakan salah satu daripada rumah penala yang memiliki kepakaran dalam menjadikan sesebuah kenderaan mewah menjadi lebih menyerlah, baik dari segi rekaan luaran serta kelengkapan kabin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Projek Kahn kali ini sedikit unik, kerana ia melibatkan sebuah errr.. teksi London TX5.

Ia bukanlah kali pertama Kahn menyentuh produk berupa teksi London, kerana merkea sebelum ini pernah mencurahkan idea pada model TX4 pada tahun 2018.

Apa yang berubah pada bahagian luaran London Taxi TX5 ini?
 

TX5


Ia didatangkan dengan jeriji hadapan yang diinspirasikan daripada Maybach, spoiler bumbung yang tidak mempunyai fungsi aerodinamik, serta penawaran rim tempa bersaiz 18 inci depan dan 19 inci belakang.

Terselindung di sebalik rupa paras yang hampir standard itu ialah kemasan ruang kabin dengan kualiti yang boleh dijangka daripada Kahn.

Menurut syarikat itu, rekaan tempat duduk diinspirasikan daripada Bugatti Chiron, diikuti dengan headliner bintang-bintang di langit daripada Rolls-Royce.
 

TX5


Antara ciri lain termasuklah slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, sistem pencahayaan ambien LED serta penambahan slot pengecasan jenis USB.

London Taxi TX5 yang dimodifikasi oleh Kahn ini bukan sahaja boleh didapati dalam versi pemanduan sebelah kanan, ia juga wujud dalam versi pemanduan sebelah kiri.

Terdapat pilihan warna hitam, biru, perak, kelabu atau warna hijau perlumbaan Britain yang biasa kita lihat pada sebuah Lotus.
 

TX5


Cuma berita kurang menyenangkan, kos untuk satu TX5 Farelady ini bermula dari £99,000 (RM533,612).

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang sama digunakan untuk kegunaan teksi, LEVC VN5 itu kini didatangkan dengan ciri-ciri yang…
Berita Global
Menurut LEVC lagi, dengan penghasilan sebanyak 2,500 unit TX semenjak tahun 2017, mereka berjaya…