Bukan kerja saya untuk  bersihkan lumpur Litar Mandalika - Aleix Espargaro

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba MotoGP bagi pasukan Aprilia, Aleix Espargaro kesal kerana pihak pengurusan MotoGP seolah-olah mahukan pelumba untuk keluar beramai-ramai untuk "membersihkan" litar Mandalika.

Espargaro tidak menyorok perasan marahnya itu kepada media selepas sesi latihan MotoGP di litar Indonesia itu kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, keadaan Litar Mandalika tidak sesuai untuk tunggangan jentera lumbanya dan kesal dengan tindakan Dorna, badan pengurusan MotoGP yang seolah-olah memaksa semua 25 motosikal lumba untuk keluar ketika bendera merah dikibarkan bagi "membersihkan" laluan.

Espargaro juga berkata peserta MotoGP sudah biasa dengan keadaan litar berdebu seperti di Qatar tetapi keadaan pulih semakin hampir kepada hari perlumbaan.

 

 

Namun begitu, debu bukan menjadi masalah di Mandalika tetapi lumpur yang hadir di atas litar itu menyebabkan ia terpaksa ditutup semasa latihan MotoGP Jumaat lalu selama 90 minit.

Jack Miller, pelumba untuk Ducati juga bersetuju bahawa litar itu "kurang bersedia" tetapi bersyukur kerana ia memberikan peluang kepada Ducati untuk fokus kepada talaan elektronik jentera mereka.

"Kami boleh fokus kepada talaan "engine braking" dan graf daya kilas untuk memastikan kedua-dua tayar jentera kami melekat di litar," terang Miller.

MotoGP Mandalika akan berlansung pada 19-20 Mac ini dan ia adalah MotoGP pertama untuk Indonesia selepas tahun 1997 di Litar Sentul.

Dengan jualan motosikal Indonesia melepasi 5.17 juta unit untuk tahun 2021 sahaja, acara MotoGP Mandalika bakal melihat tajaan yang besar dari syarikat motosikal dan sambutan yang hebat dari peminat MotoGP negara itu.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…