Bukan sahaja pemanduan, sistem audio pun penting untuk Mazda!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda efini RX-7
Mazda efini RX-7
Sesetengah pengeluar mempunyai jenama audio yang sinonim dengan kenderaan mereka.

Sebagai contoh satu ketika dahulu Proton bersama Blaupunkt manakala Mitsubishi dengan Rockford Fosgate sehingga mempunyai beberapa edisi istimewa seperti Mirage, Pajero Sport dan Xpander.

Kebiasaannya pengeluar akan kekal bersama sesebuah jenama audio sebagai pembekal kepada model-model keluaran mereka.

Kualiti audio turut melambangkan standard dan tahap premium sesebuah kereta dan ada pengeluar yang benar-benar memberikan perhatian terhadap aspek ini.

Selain dua contoh di atas, pengeluar yang setia dengan jenama audio sejak sekian lama ialah Mazda. 

1991 adalah tahun bermulanya kerjasama teknologi di antara Mazda dan Bose.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
CX-30 Skyactiv G

 

Model manakah yang menjadi asas permulaan kerjasama yang telah berusia 30 tahun ini?

Bukan model mewah atau eksekutif tetapi RX-7 generasi ketiga (FD3S)!

Secara ringkasnya, kombinasi sistem audio yang bagus dan keseronokan pemanduan akan memberikan pengalaman baik buat pelanggan bagi merasai perincian akustik dan ibarat mendengar konsert secara langsung di dalam kereta mereka.

Ini sebenarnya yang dicari-cari oleh penggemar audio berkualiti, sistem bunyi yang hidup dan bukan seperti suara dari kotak kayu.

Pada masa itu, jurutera audio di dalam projek RX-7 mahukan sistem audio dengan bes yang kuat dan bunyi yang memberi kesan tinggi.

 

Mazda efini RX-7

 

Dalam mencari sistem audio dengan kualiti tersebut, seorang Jurutera Audio Mazda iaitu Ryoji Oe telah menemui sistem Acoustic Wave Cannon dari Bose.

Komponen Bose itu terdiri daripada tiub panjang berukuran 3.6 meter dengan wufer berkuasa tinggi di dalamnya.

Ini lah apa yang dicari oleh Mazda dan kedua-dua syarikat memulakan kerjasama bagi menyesuaikan teknologi pembesar suara tersebut ke dalam kereta.

Cabaran timbul disebabkan saiz tiub yang panjang dan bagaimana Mazda dan Bose menyelesaikannya?

Cara mengatasinya ialah menggunakan kaedah tiub bentuk lipat dan bengkok seperti yang boleh dilihat di dalam but RX-7 dengan sistem audio ini.

Selepas kejayaan tersebut, beberapa projek lagi menyusul di antara kedua-dua syarikat.

 

Mazda MX-5 Sport-Venture

 

Satu daripadanya ialah Mazda MX-5 generasi keempat (ND) dan menjadi satu lagi cabaran memandangkan ini adalah model convertible.

Mazda dan Bose menyelesaikannya melalui suis EQ yang melaras tetapan bunyi secara automatik apabila bumbung ditutup.

Bagaimana pula apabila bumbung dibuka? Ini yang penting sebenarnya.

Pembesar suara UltraNearfield dipasang pada penyandar kepala dalam memberikan kualiti pendengaran yang baik 

Teknologi pengurangan bunyi AudioPilot Bose pula secara berterusan mengawasi bunyi persekitaran dan secara automatik membuat pelarasan mengikut keadaan semasa seperti bunyian jalan dan angin.

Melalui teknologi ini, pemandu boleh menumpukan perhatian di atas jalan raya dan tidak perlu susah-susah membuat pelarasan manual.

 

Mazda MX-5 Sport-Venture

 

Inovasi terus dicapai melalui kerjasama yang sudah berusia tiga puluh tahun ini.

Untuk hampir kesemua model bermula dari Mazda3 2019, lokasi pemasangan wufer dipindahkan dari panel pintu ke bahagian panel sisi kick panel (panel di bawah papan pemuka).

Pemindahan itu bukan sahaja memberikan lebih ruang untuk poket panel pintu malah turut menyumbang kepada bunyian yang lebih baik.

Tenaga bes dilantunkan ke lantai, firewall (dinding di sebalik papan pemuka) dan kick panel secara serentak dan menghasilkan bunyian semula bes yang sedap.

Selain itu, subwoofer tambahan dipasang pada bahagian belakang bagi memadankan frekuensi rendah di dalam kabin kereta.

 

Mazda CX-5-Skyactiv-G-AWD-GT-Sport-Auto

 

Konfigurasi ini dinamakan sebagai BassMatch dan paling sedap sekali apabila dipasang pada model elektrik Mazda MX-30 yang semestinya tidak mempunyai enjin!

Kerjasama kedua-dua syarikat ini bukan setakat melibatkan kebijaksanan kejuruteraan tetapi juga semangat dalam meneroka sempadan baharu. 

Maklumlah Mazda membangunkan kereta mengikut 'kepala sendiri'. Menariknya walaupun Mazda mengutamakan pemanduan, kualiti bunyian audio tetap sesuatu yang penting!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda MX-30 GT Sport Tech

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…