Bukit Bintang bakal ada lintasan pejalan kaki ala Shibuya!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya mereka yang melawat kawasan Bukit Bintang akan dapat melihat atau merasai pengalaman ratusan pejalan kaki melintas persimpangan jalan yang sibuk seperti di Shibuya, Tokyo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut DBKL, satu lintasan pejalan kaki baharu akan diperkenalkan di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang bermula tengah malam 19 Jun ini.

"Pejalan kaki dibenarkan untuk melintas dari semua arah.

"Cara ini dibenarkan beroperasi selepas kajian menyeluruh dilakukan oleh DBKL dan ia akan memudahkan kesemua pengguna jalanraya yang berada di lokasi itu.

"Ia juga akan mengurangkan risiko kemalangan," ujar DBKL di dalam kenyataan mereka.

Lintasan pejalan kaki X atau X-crossing ialah satu sistem di mana semua kenderaan akan berhenti dan hanya pejalan kaki dibenarkan melintas dari semua arah, serentak.

Diharapkan tidak ada yang cuba keluar pada tengah malam 19 Jun semata-mata untuk melihat fenomena baharu ini nanti kerana Sekatan Pergerakan Penuh masih berkuat kuasa. 

Careta juga berharap agar pejalan kaki berlaku lebih garang jika ada kereta atau motosikal yang degil dan melanggar lampu merah.

* Laporan berdasarkan berita dari The Star
** Gambar utama ialah gambar lintasan pejalan kaki di persimpangan jalan Shibuya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, buat masa ini Grab mengehadkan ujian teksi motosikal GrabBike ini di lokasi KLCC serta turut…