Bukti konsep perkhidmatan bas Skip Stop Xpress Rapid Bus diteruskan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Proof of Concept (POC) perkhidmatan bas Skip Stop Xpress yang yang membawa penumpang dari LRT Ampang terus ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park kini dilanjutkan sehingga 14 April 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rapid Bus Sdn Berhad selaku operator perkhidmatan bas awam Rapid KL telah melanjutkan tempoh POC berikutan kadar penumpang harian memuaskan serta sambutan yang menggalakkan, tambang bagi perjalanan sehala juga masih pada kadar RM1.90.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, "Perkhidmatan Skip Stop Xpress ini adalah sebahagian dari kajian awal bagi mengumpul data untuk penambahbaikan jangka panjang dan secara bersepadu bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan Rapid KL dari kawasan Ampang ke arah pusat bandar.”

“Kami menyeru agar lebih ramai warga sekitar Ampang mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan bas Skip Stop Xpress ini, untuk ke pusat bandar."

 

2

 

"Perjalanan yang mudah serta menjimatkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian mereka, kerana mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk petrol, tol serta parkir setiap hari."

"Dengan menaiki pengangkutan awam, orang ramai juga boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon di Lembah Klang. Jangan tunggu lagi. #JomNaikBas!”

Bas Skip Stop Xpress beroperasi dari 6.30 pagi hingga 7.15 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat, Rapid turut mensasarkan untuk meneruskan perkhidmatan tersebut di LRT Ampang setelah tempoh POC tamat dan akan mempertimbangkan POC tersebut di beberapa lokasi lain.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen. "…
Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…